Sebelum kita bincang dokumen apa yang perlu akusumpah di depan pesuruhjaya sumpah, kita mesti memahami apa itu Pesuruhjaya Sumpah. Pesuruhjaya Sumpah ialah pegawai yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara Malaysia di bawah Seksyen 11, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 dalam mengesahkan kesahihan dokumen dan identiti deponen yang membuat pengakuan terhadap dokumen tersebut.
Oleh itu, Pesuruhjaya Sumpah mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mengesahkan dokumen, dan jika pembuat dokumen tersebut membuat kenyataan menipu atau palsu pada afidavit atau dokumen, dia perlu memikul tanggungjawab undang-undang tertentu pada masa hadapan.
Setelah memahami kuasa Pesuruhjaya Sumpah, mari kita lihat apakah dokumen/akuan sumpah yang boleh disumpah oleh pesuruhjaya sumpah?
Berikut adalah senarai SEBAHAGIAN borang permohonan/akuan sumpah/dokumen yang boleh disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah:-
- Pelantikan baharu dalam perkhidmatan awam.
- Permohonan tender baharu.
- Berjaya dalam bidaan tender.
- Permohonan pengubahsuaian kepada kerajaan tempatan
- Surat indemniti
- Hak penjagaan
- Pendedahan kedudukan kewangan keluarga
- Pendedahan status perkahwinan peribadi
Jadi jika anda memerlukan perkhidmatan sedemikian, anda boleh merujuk kepada Pesuruhjaya Sumpah berdekatan.
Sekian terima kasih.