Pesuruhjaya Sumpah
Ng Kee Riang(James)

Bandar Puteri, Puchong, Selangor

Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan yang diberikan oleh Pesuruhjaya Sumpah adalah seperti berikut

Akuan Berkanun

Mengendalikan sumpah untuk akuan berkanun

Justifikasi Jaminan

Mengendalikan sumpah untuk justifikasi jaminan

Afidavit Atau Ikrar

Mengedalikan sumpah untuk mengambil apa-apa afidavit atau ikrar

Sumpah Wasi dan Pentadbir

Mengedalikan sumpah untuk sumpah wasi dan pentadbir

Perkara Mahkamah

Mengendalikan sumpah untuk mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampur hendak dimulakan dalam mana-mana mahkamah.

Borang-borang Berkenaan

Mengendalikan sumpah untuk mana-mana borang seperti borang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia dan lain-lain.

Dokumen berkenaan yang boleh disumpah:-

1.Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Borang Borang JABATAN PENDAFTARAN NEGARA yang boleh diakusumpah:

1. Borang permohonan, pembetulan fakta dalam daftar kelahiran /kematian
2. Borang akuan berkanun Surat keizinan pengangkatan anak angkat
3. Borang akuan berkanun ibu bapa angkat
4. Borang akuan berkanun permohonan PENDAFTARAN lewat kelahiran
5. Borang permohonan, pemberitahuan perkahwinan bukan islam.
6. Borang permohonan pendaftaran semula kelahiran dan akuan sumpah
7. Permohonan lesen untuk mengupacarakan perkahwinan di suatu tempat lain daripada pejabat pendaftar
8. Borang akuan pengesahan bapa, penjaga kepada kanak- kanak
9. Borang akuan perkahwinan dan pernah bercerai sebelumnya
10. Borang akuan berkanun permohonan menukar nama atau menambah nama Dan sebagainya
11. Borang akuan berkanun perakuan bujang atau tidak pernah berkahwin
12. Borang akuan berkanun perkahwinan, telah berkahwin dan masih kekal sekarang
13. Borang akuan berkanun untuk mendaftar perkahwinan dengan warganegara asing
14. Borang akuan berkanun tidak pernah berkahwin tetapi bersekedudukan hingga dapat anak
15. Borang akuan berkanun berkahwin tetapi telah bercerai bukan Islam dan akan berkahwin lagi dengan warga asing
16. Borang akuan berkanun daftar perkahwinan dengan warga asing
17. Akuan berkanun masih bujang
18. Borang akuan Pembantu Rumah asing Islam warganegara asing
19. Borang akuan berkanun membuat pindaan nama anak angkat
20. Borang akuan berkanun melepaskan taraf penduduk tetap dan terus pulang ke negara asal, menyerah kad pengenalan

2. Jabatan Imigresen Malaysia

Borang Borang Akuan Berkanun 1960 Jabatan Imigresen Malaysia :

1. Borang Akuan Sumpah Sambung Visa Warganegara Asing Yang Berkahwin Dengan Warganegara Malaysia
2. Perakuan Pembantu Rumah Asing Islam Bagi Warganegara Asing
3. Perakuan Penduduk Tetap Hilang Permit Masuk Untuk Membuat Pasport Malaysia
4. Surat Akuan Menyerahkan Permit Masuk Dan Keluar Dari Negara Ini, Iaitu Melepaskan Taraf Penduduk Tetap
5. Surat Akuan Seorang Warganegara Malaysia Yang Menjadi Penjamin Keluarganya Warganegara Asing Untuk Mendapatkan Visa Tinggal Di Malaysia
6. Borang Akuan Sumpah Penganjur/Penjamin Kanak Kanak
7. Akuan Sumpah Penjamin Warganegara Asing
8. Borang Akuan Tidak Pernah Berkahwin Tetapi Bersekedudukan Sehingga Dapat Anak Untuk Daftar Perkahwinan
9. Borang Akuan Penduduk Tetap Memohon Surat Akuan Pengenalan
10.Borang Akuan Berkaitan Warganegara Asing Tiada Majikan Asal Untuk Permit Kerja

3. Perkhidmatan berkenaan

Akuan Berkanun/Perkhidmatan lain yang berkenaan termasuk tetapi tidak terhad kepada:

1. Pelantikan baharu dalam perkhidmatan awam.
2. Permohonan tender baharu.
3. Surat Akuan Syarikat dalam bidaan tender.
4. Permohonan pengubahsuaian kepada kerajaan tempatan
5. Surat indemniti
6. Hak penjagaan
7. Pendedahan kedudukan kewangan keluarga
8. Pendedahan status perkahwinan peribadi
9. Borang DDA
10. Perkhidmatan Pengesahan Petisyen/Affidavit Perceraian

Langgan Media Sosial kami sekarang!

DAPATKAN BERITA TERKINI DARIPADA KAMI HANYA UNTUK ANDA

Mengenai

Berpengalaman dan profesional

Pesuruhjaya Sumpah di Malaysia ialah pegawai yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara Malaysia untuk memastikan pengisytiharan seperti afidavit, dokumen undang-undang dan akuan berkanun adalah mematuhi undang-undang dan ia hanya untuk kegunaan di Malaysia.

Encik James Ng dilantik oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan tertakluk kepada “Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018”. Beliau pernah menjadi pengurus firma guaman dan kini menggunakan pengalaman undang-undangnya yang berkaitan, beliau bersedia untuk memberikan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah kepada masyarakat setempat dengan cekap dan profesional.

TOP 25
SOALAN LAZIM
MENGENAI
PESURUHJAYA SUMPAH

MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI KAMI!

Rencana

Cara mendapatkan perkhidmatan kami

3-STEPS RULE disediakan untuk membantu kami memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami

1. Melawat Premis

Anda boleh datang terus ke pejabat kami untuk mendapatkan perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun, anda juga boleh meminta temu janji dengan kami terlebih dahulu sebelum datang.

2. Bawa Dokumen dan I/C

Sila bawa Kad Pengenalan anda (atau dokumen pengenalan rasmi lain) dan dokumen yang perlu diangkat sumpah.

3. Angkat Sumpah + cap PJS

Setelah semua dokumen dan identiti deponen disahkan, barulah Pesuruhjaya Sumpah akan membimbing deponen dalam mengangkat sumpah.

Maklum Balas Pelanggan Kami

Terdapat banyak pelanggan yang memberikan ulasan yang baik kepada kami sama ada secara peribadi melalui e-mel atau platform lain. Kami amat menghargai maklum balas daripada pelanggan kami supaya dapat membolehkan kami terus meningkatkan perkhidmatan profesional kami.

“Very friendly and professional Commissioner for Oaths, most importantly the price very reasonable. Thank you Mr Ng for your great service!”
Mr Edward Chan
“Do not hesitate in asking Mr James Ng for some legal question as he used to be legal firm manager. By the way his services was really good.”
Mr Johnny Wong
“Highly recommended and thumbs up for Mr Ng for his excellent and professional services. Very kind and humble.”
Ms Jessica Ong
error: Content is protected !!
Commissioner For Oaths is ready to help! Pusuruhjaya Sumpah sudah bersedia berkhidmat! 蒲种公主城宣誓官随时为您服务!
//
James Ng
Commissioner For Oaths | Pesuruhjaya Sumpah | 宣誓官
Chat With Us! 联系宣誓官